Pengertian Politik Menurut
Islam
Politik adalah 'ilmu
pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu
tata negara'
.
Pengertian dan konsep
politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep
yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.
Politik dalam Islam
menjuruskan
kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan
syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.
la bertujuan untuk
menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang
mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.
Pengertian ini bertepatan
dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku,
masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang
baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI
Isra': 80)
Di atas landasan inilah
para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu
perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al
Qur'an"
2.0
Asas asas Sistem Politik Islam Asas asas sistem
politik Islam ialah:
2.1 Hakimiyyah
Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan
hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.
Tidak mungkin ianya menjadi
milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki suatu
bahagian daripadanya.
Fir man Allah yang
mafhumnya: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan
Nya." (Al Furqan: 2)
"Bagi Nya segaIa puji
di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hokum) dan kepada Nya
kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)
"Menetapkan hukum itu
hanyalah hak Allah." (A1 An'am: 57)
- Hakimiyyah Ilahiyyah
membawa pengertian pengertian yang berikut:
-Bahawasanya Allah adalah
Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi
Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan
tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa -Bahawasanya hak
untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh
kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan ber'ibadat kepada Nya
-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan
hukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta -Bahawasanya hanya Allah
sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan peraturan, sebab Dialah satu
satu Nya Pemilik -Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang
benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di
tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan
lurus.
Hakimiyyah Ilahiyyah
membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada
Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.
2.2 Risalah Jalan
kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan
jalan hidayah.
Jalan kehidupan mereka
berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah untuk diri
mereka dan juga untuk umat umat mereka. Karakter kaos ezzeti
Para rasul sendiri yang
menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya kepada manusia.
Risalah bererti bahawa
kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga
kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik
Islam.
Melalui landasan risalah
inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang
perundangan dalam kehidupan manusia.
Para rasul menyampaikan,
mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan
mereka.
Dalam sistem politik Islam,
Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan
Rasulullah s.a.w.
Manusia diwajibkan tunduk
kepada perintah perintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain daripada
Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di
antara mereka. jual kaos karakter anak di Bandung
Firman Allah yang
mafhumnya: "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah
dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah."
(Al Hasyr: 7)
"Dan Kami tidak
mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (An
Nisa': 64)
"Dan barangsiapa yang
menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan
jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan mereka bergelimang daiam kesesatan
yang telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam
itu adalah seburuk buruk tempat kembali." (An
Nisa: 115)
"Maka demi Tuhanmu,
mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim
terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam
hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka
menerima dengan sepenuhnya." (An Nisa': 65)
2.3 Khalifah Khalifah
bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan
manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah.
Ini juga bermaksud bahawa
di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia
dikehendaki melaksanakan undang undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan.
Di atas landasan ini, maka
manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau wakil
Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.
Firman Allah yang
mafhumnya: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al
Baqarah: 30)
"Kemudian Kami jadikan
kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami memperhatikan
bagaimana kamu berbuat." (Yunus: 14)
Seseorang khalifah hanya
menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar benar mengikuti hukum hukum
Allah.
- Oleh itu khilafah sebagai
asas ketiga dalam sistem politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang
oleh orang orang yang memenuhi syarat syarat berikut: -Mereka
mestilah terdiri daripada orang orang yang benar benar menerima dan mendukung
prinsip prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian khilafah
-Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan
lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh
Nya -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang ber'ilmu,
berakal sihat, memiliki kecerdasan, kea'rifan serta kemampuan intelek dan
fizikal -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang amanah
sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa
keraguan
3.0
Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam Prinsip
prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara di antaranya:
3.1
Musyawarah - Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah
musyawarah. -Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan
dengan pemilihan ketua negara dan orang orang yang akan menjawat tugas tugas
utama dalam pentadbiran ummah.<p> </p>-Asas musyawarah yang
kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan
undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al
Sunnah.<p> </p>-Asas musyawarah yang seterusnya ialah
berkenaan dengan jalan jalan menentukan perkara perkara baru yang timbul di
kalangan ummah melalui proses ijtihad.
3.2
Ke'adilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan.
Ini adalah menyangkut dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial
dan sistem ekonomi Islam.
Ke'adilan di dalam bidang
bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang
melindungi dan mengembangkannya.
Di dalam perlaksanaannya
yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam sistem politik Islam
meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan
manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua
pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami
isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya.
Oleh sebab kewajiban
berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas
utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik
Islam untuk memelihara asas tersebut.
Pemeliharaan terhadap
ke'adilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya
dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
3.3
Kebebasan Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan.
Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang
berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan.
Menegakkan prinsip
kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan terpenting bagi sistem
politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan
negara Islam.
3.4
Persamaan Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan
atau musawah.
Persamaan di sini terdiri
daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan dalam memikul
tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang perlembagaan
dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang.
3.5
Hak Menghisab Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam
sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemeriritah dan hak
mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.
Prinsip ini berdasarkan
kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang
berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.
Hak rakyat untuk disyurakan
adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan
kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.
Hak ini dalam pengertian
yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan
keputusankeputusan pihak pemerintah.
Prinsip ini berdasarkan
kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling
(daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan
merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai
kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)
"..maka berilah
keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa
nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang
orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana
mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)
4.0
Tujuan Politik Menurut Islam Tujuan sistem politik
Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang
tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam.
Tujuan utamanya ialah untuk
menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.
Dengan adanya pemerintahan
yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala
urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.
- Para fuqaha Islam telah
menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan
pemerintahan Islam. -Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah
disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam
-Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di
kalangan orang orang yang berselisih -Menjaga keamanan daerah
daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
-Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak
manusia -Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan
bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar
-Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
-Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang
ditetapkan oleh syara' -Mengatur anggaran belanjawan dan
perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros
ataupun secara kikir -Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan
jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran
negara -Menjalankan pengaulan dan pemeriksaan yang rapi di dalam
hal ehwal amam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar